Tentang perjuangan islam wanita
Assalamualaikum warahmatullahi saya mohd shahmizie saya berusia 18tahun kisah saya ini tentang perjalanan hidup nabi Muhammad nabi yang terakhir dari sebelum lahir sehingga akhir hayat. Ia merangkumi kisah suka duka, cabaran dan rintangan yang dilalui sepanjang perjuangannya menyampaikan kebenaran.Berlembut Dengan Wanita
Baginda ﷺ seterusnya menyarankan agar wanita dijaga dan dipelihara dengan baik. Baginda ﷺ menegaskan dan menjelaskan tabiat semula jadi kejadian kaum hawa yang telah Allah ciptakan. Wanita berbeza dengan lelaki dari segi penciptaan apabila baginda menyatakan wanita dicipta dari tulang rusuk yang bengkok. Bengkok bermaksud wanita ini ada kelemahannya yang tersendiri dan jiwanya lembut serta sensitif. Baginda ﷺ menganjurkan agar berkelakuan baik dan lembut dengan wanita serta sabar di atas sikapnya yang bengkok dan juga kelemahan akalnya. Pimpinlah wanita dengan cara memaafkan mereka dan bersabarlah terhadap kebengkokan mereka. Maka baginda ﷺ berpesan dengan sabdanya:
“Nasihatilah para wanita kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok daripada tulang rusuk itu adalah pangkalnya, jika kamu cuba untuk meluruskannya maka ia akan patah, namun para wanita”. (HR Bukhari)
Keistimewaan kaum wanita diangkat lagi apabila baginda ﷺ menyatakan bahawa menjaga anak perempuan dengan baik juga boleh mendinding seseorang dari api neraka. Di dalam sebuah kisah, Urwah bin Zubair berkata bahawa Aisyah RA pernah bercerita bahawa seorang wanita datang kepadanya meminta-minta bersama dua orang anak perempuan akan tetapi Aisyah RA tidak memiliki apa-apa melainkan sebiji kurma. Aisyah pun memberikan kurma itu kepada wanita tersebut lantas wanita tersebut membahagi dua kurma tadi dan diberikan kepada dua anak perempuannya. Kemudian Nabi ﷺ datang dan Aisyah RA menceritakan perkara tersebut kepada baginda ﷺ lantas baginda ﷺ bersabda;
“Barang siapa yang menanggung dua anak perempuan lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi pendinding baginya dari api neraka”. (HR Bukhari)

🤲🏻
BalasPadamMantap
BalasPadamTerbaik
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam🤲
BalasPadamNice artikel tapi jgn la sma colour tulisan dgn background nya
BalasPadamSalah tu tdi biar lh
Padam😄🤲
BalasPadam